Minggu, 27 Juli 2014

Sekilas Renungan Pandang Sahabat Hanzalah & Abu Bakr ra.


Renungilah kewaspadaan sahabat Rasulullah S.A.W terhadap bahaya munafik di dalam diri. Ketika Hanzalah merasakan bahawa dirinya telah munafik dan beliau ke masjid yang pada fikirannya bahawa Rasulullah S.A.W ada di sana. Hanzalah terserempak dengan Saidina Abu Bakar r.a. Lalu, Hanzalah berkata dengan penuh kerisauan,
“Wahai Abu Bakar! ketahuilah sesungguhnya Hanzalah telah munafik. Ketika aku bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka sangat hampir kepadaku. Aku menangis kerana takut akan neraka. Namun di rumah, aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku. Hilang tangis aku ketika aku bersama Rasulullah. Aku telah menjadi munafik.
Lantas Saidina Abu Bakar terkejut dan berkata :
“Jika begitu, aku pun telah munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”
Kedua-dua sahabat ini menemui Rasulullah S.A.W di dalam tangisan yang tidak terhenti. Ketakutan terhadap azab yang dijanjikan akan dikenakan kepada orang munafik benar-benar menyelubungi hati dan perasaan mereka.
Di dalam keadaan iman menuntuni jiwa mereka, Hanzalah bersuara :
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.” Rasulullah bertanya, “Kenapa?” Lantas Hanzalah berbicara, “Ketika aku bersamamu wahai Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mata aku mengalir. Tetapi ketika aku di rumah, aku bergurau senda keriangan bersama-sama anak-anak dan isteriku. Tidakkah aku seorang munafik?”
Rasulullah tersenyum.
Lalu baginda bersabda :
“Demi yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap berzikir seperti kalian disisiku dan terus berzikir nescaya para Malaikat akan berjabat tangan kalian, sedangkan kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu untuk beribadah dan ada waktumu untuk duniamu.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar